Oct 9, 2014

1000 dalam 1 jenis manusia.




Manusia.
Pelbagai ragam.
Kadang mereka baik bak muslimin dan muslimah tetapi perangainya mengalahkan orang yang tiada iman.
Kadang mereka bertutur lembut di Facebook, tetapi di Twitter mencerca lebih 140 patah perkataan.
Sukar untuk diramal.
Konklusinya hanya diam perhati dan pergi.
Usah menunggu lagi.
Kelak diri termakan hati.


Aishah

Jun 29, 2014

Ah Lan Wasahlan Ya Ramadhan


Assalamualaikum,

Saya Siti Aishah bt Ishar ingin mengucapkan Selamat berpuasa. Semoga kita dilimpahi rahmat dan hidayah di bulan yang mulia ini.

Ramadhan kali ini berbeza dengan Ramadhan sebelum ini saya lalui kerana :

Selalu berpuasa di perantauan ( Cehh, Negeri Sembilan je pon) hahaha, tahun ini berpuasa dengan family.
Then, dulu belajar boleh chillax lagi, sekarang dah kerja, fuhh dugaan !! hahahha
Lastly, this year my family dah berubah, tak macam dulu, kehilangan seorang ahli keluarga. Ianya sadis kerana dia bukan meninggalkan dunia, tetapi meninggalkan rumah.

Mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Redha and moving on.
Untuk gambar diatas mohon faham-fahamlah ye, huhu yela !! Bila Ramadhan, tahap kesabaran kenalah tinggi, kalau cari pasal juga, tunggulah lepas maghrib nanti ! hahahaha.

Selamat berbuka puasa in advanced.
p/s : Jangan berbuka puasa lepas Asar pula. huhuhu

Jun 25, 2014

Life goes on.

QUOTES FOR LIFE
Assalamualaikum semua,

Sudah sekian lama tidak menge-post sesuatu dekat my blog, sudah berhabuk dah blog ni, huhu, sebenarnya, sedih nak cerita perjalanan hidup sepanjang 2013 dan 2014. Biarlah rahsia atau biarlah Tuhan saja yang mengerti penderitaan, kedukaan dan kesengsaraan hidup ini. But sekarang, Alhamdulillah, things are getting better. Happy, thats all i need. Terima Kasih Ya Allah atas kebahagiaan ini.

I will be back soon. See yaa.

Aishah

May 15, 2013

Bisikkan Rinduku

LOSING
Dengarkan bisikan kalbu ku
Sungguh besar mencintaimu
Rasakan, rasakan rinduku
Yang dalam sedalam samudera


Mencintaimu menyayangimu
Merindukanmu seumur hidupku
Tuhan kuatkanlah hati ini
Saat dia tinggalkan diriku sendiri
Walau pedih ini sungguh perit
Akan ku relakan asalkan dia bahagia


Rasakan, rasakan rinduku
Yang dalam sedalam samudera

Tuhan kuatkanlah hati ini
Asalkan dia bahagia
Asalkan dia bahagia

Mar 22, 2013

Tetap Yang Terindah

tell him that i forgot him and im good and if you see me crying for him,
dont tell it


sudah ku maafkan bila kau begitu
biar sudah tak ada ikatan untuk kita
namun kan tetap ada 
rasa kasih sayang tak akan pudar

tetaplah menjadi yang terindah 
walaupun kita sudah terpisah
biar semua menjadi kenangan 
abadikan untuk kita

semoga kita tetap saling bisa
memahami sebuah arti cinta
biar semua menjadi tertunda
sudah inilah adanya ooh

biar sudah tak ada rasa kasih sayang
tak akan pudar dan tak akan sirna

Jan 23, 2013

When a picture is worth a thousand words . ..








Terima Kasih


Dua perkataan mungkin sudah cukup untuk menghargai sebuah pengkhianatan seorang kawan.
Seorang kawan yang ku sangka tidak akan pernah membuat sesuatu yang mungkin mengundang kebencian di dalam hatiku.
Di awal perkenalan, dia begitu sedih, kusut dan tidak tahu mana untuk dituju, tetapi aku datang dan menarik dia untuk berdiri disebelahku untuk bersama-sama menerajui sebuah dunia baru.
Tetapi aku tidak menyangka akhirnya dia ...
Kadang-kadang aku berfikiran setiap apa yang berlaku pasti ada sebab disebaliknya.
Tetapi kadang-kadang aku berfikiran mengapa dia begitu bodoh
Mengapa jualah dia tidak menggunakan akal dan fikirannya sebaik-baiknya
Adakah dia mempunyai masalah untuk berfikir, untuk merasa, dan untuk mentafsir ?
Dan akhirnya aku sudah malas untuk berfikir soal manusia.
Juga akhirnya aku sudah penat melayan segala perangai manusia.
Wahai manusia yang pentingkan diri sendiri, adakah engkau sudah bahagia sekarang ?
Wahai manusia yang dibenci, adakah engkau suka hidup didalam sebuah penghinaan ?
Moga Tuhan membalas segala pengkhianatan, fitnahan yang telah engkau lemparkan kepadaku.
Terima Kasih kawan :)