Jan 23, 2013

When a picture is worth a thousand words . ..








Terima Kasih


Dua perkataan mungkin sudah cukup untuk menghargai sebuah pengkhianatan seorang kawan.
Seorang kawan yang ku sangka tidak akan pernah membuat sesuatu yang mungkin mengundang kebencian di dalam hatiku.
Di awal perkenalan, dia begitu sedih, kusut dan tidak tahu mana untuk dituju, tetapi aku datang dan menarik dia untuk berdiri disebelahku untuk bersama-sama menerajui sebuah dunia baru.
Tetapi aku tidak menyangka akhirnya dia ...
Kadang-kadang aku berfikiran setiap apa yang berlaku pasti ada sebab disebaliknya.
Tetapi kadang-kadang aku berfikiran mengapa dia begitu bodoh
Mengapa jualah dia tidak menggunakan akal dan fikirannya sebaik-baiknya
Adakah dia mempunyai masalah untuk berfikir, untuk merasa, dan untuk mentafsir ?
Dan akhirnya aku sudah malas untuk berfikir soal manusia.
Juga akhirnya aku sudah penat melayan segala perangai manusia.
Wahai manusia yang pentingkan diri sendiri, adakah engkau sudah bahagia sekarang ?
Wahai manusia yang dibenci, adakah engkau suka hidup didalam sebuah penghinaan ?
Moga Tuhan membalas segala pengkhianatan, fitnahan yang telah engkau lemparkan kepadaku.
Terima Kasih kawan :)



Terlalu muda dan Terlalu bodoh

JSYK
Masa berlalu sangat pantas hingga ku terlupa sudah sekian lama aku bersendirian, tanpa dia dalam hatiku.
Segelintir manusia mungkin menganggap yang aku ini seorang gadis gila.
Tetapi aku tidak pernah ambil kesah kerana mereka hanya mampu mendengar cerita, melihat cerita, TETAPI BUKAN MERASAI CERITA.
Bukan sekali, bukan dua kali tetapi berkali-kali mereka menganggap aku gila.
Maafkan aku jika terkasar bahasa,
Aku sudah malas untuk melayan karenah kebencian kamu semua,
Aku sudah jijik dengan pandangan sinis kamu semua,
Aku sudah loya dengan cemuhan kecelakaan kamu semua,
Maafkan aku jika aku tersilap bicara,
Maafkan aku jika aku membuat kamu semua terluka.